SELAMAT DATANG KE CALYA
ANDA TANYA CALYA JAWAB
F.A.Q BERPANTANG
Siapa yang sesuai untuk rawatan kami?
- Ibu yang berpantang selepas bersalin.
Bagaimanakah saya boleh membuat temujanji untuk rawatan saya?
- Boleh hubungi atau Whatsapp kami di talian – 018 2080827
Bagaimana jika saya bersalin awal / lewat pada tarikh due ?
Boleh, kami akan mengaturkan bidan yang sesuai untuk anda secepat mungkin.
Jika semua bidan kami telah ditempah, anda mungkin perlu menunggu beberapa hari sehingga kami mempunyai bidan yang tersedia untuk rawatan anda. Oleh itu, kami amat mengesyorkan agar anda membuat temu janji lebih awal untuk memastikan tarikh dan masa pilihan anda.
bilakah rawatan selepas bersalin akan bermula?
bagi ibu yang bersalin secara normal :
- bermula pada hari ke- 4 hari selepas bersalin.
bagi ibu yang bersalin secara ceaser :
bermula seawal hari ke- 7 hari selepas bersalin.
Adakah pelanggan perlu menyediakan bahan-bahan rawatan?
Pelanggan hanya perlu menyediakan bengkung untuk dipakaikan oleh bidan Calya, manakala semua bahan akan disediakan oleh bidan Calya.
F.A.Q PENGURUSAN URI
uri akan ditanam di mana?
Uri akan ditanam di kawasan tanah masjid, surau dan kubur.
hukum menamam uri?
HARUS
ADAKAH PERLU UNTUK URUSKAN URI?
- Ya, Uri perlu dicuci dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
F.A.Q AQIQAH
Apa Hukum Ber-Aqiqah?
Sunat Muakkad, Sunat yang dituntut untuk dilaksanakan.
Sampai umur berapa yang layak untuk Aqiqah?
Dituntut melaksanakan Aqiqah selama mana anak tersebut belum baligh.
Di mana ibadah Aqiqah akan dilaksanakan di bawah pengurusan CALYA?
Di Mekah
Siapa yang akan melaksanakan ibadah Aqiqah?
Pegawai Urigo di Mekah
Berapa Harga untuk laksanakan ibadah Aqiqah?
RM 499/ seekor kambing
Haiwan apakah yang digunakan untuk ibadah aqiqah (CALYA)?
Kambing
Kepada siapa akan diagihkan daging aqiqah selepas sembelihan?
Daging Aqiqah akan diagihkan kepada kalangan Asnaf sekitar Tanah Haram Mekah.
Bagaimana saya akan tahu sekiranya, ibadah aqiqah sudah dilaksanakan di Mekah?
Setelah pegawai Urigo melaksanakan ibadah Aqiqah di sana (Mekah), pihak kami akan lampirkan video pelaksanaan sembelihan aqiqah khusus bagi setiap pelanggan. Tarikh penyembelihan Aqiqah akan ditentukan oleh setiap pelanggan.
Apa yang saya akan terima apabila ibadah aqiqah saya telah selesai dilaksanakan?
- Laporan penyembelihan Aqiqah dalam bentuk video.
- Plak ukiran kayu Premium beserta nama sebagai cenderahati.
Aqiqah dahulu ? Atau letak nama anak dahulu?
Disunatkan untuk memberikan nama kepada anak sebelum melaksanakan ibadah Aqiqah.